tick tock tick tock


Get your own Digital Clock

Saturday 19 May 2012

Embun Pagi

datangnya embun pagi 
menghiasi taman bunga 
menyegarkan jiwa si anak dara
tersenyum memetik bunga cita
nyanyi kecil hibur hati
mengenang detik-detik mutiara
yang selalu menyapa


pagi mentari menemani
duduk seorang diri tapi tidak sunyi
bukit setia menanti
angin menyapa menyeri ruang
mentari senyum kepada diri
awan-awan menari gemalai
rumput-rumput melenggang manja
pokok-pokok pun turut serta

ku hela nafas lega
masih hangat di dada
masih berdenyut nadi ini
esok tidak pasti
tapi hari ini telah ku nikmati
syukurku pada Ilahi

Thursday 17 May 2012

El-Shaddai- God Almighty

Shallom, Puji Tuhan di atas berkat kasih Allah Bapa hari ini kita masih dapat bernafas, kita masih dapat memuji-menyembah Dia.
Allah Bapa di syurga terima kasih Bapa kerana Engkau telah memberikan kami peluang sekali lagi hidup di dunia ini ya Bapa. Bapa kami bersyukur bagi semua berkat-berkat yang telah curahkan dalam hidup kami ya Bapa.. Bapa kami mahu hidup kami dipimpin oleh Engkau sepanjang hari ini ya Bapa, kami mahu juga ya Bapa, segala yang kami perbuat itu adalah demi kemuliaan Engkau ya Bapa. Yesus Kristus, biar semua yang kami lakukan itu adalah pimpinan datangnya dari Engkau ya Bapa.  Yesus, ini doa kami, ini iman kami, kami persembahkan hidup kami kepada Engkau ya Tuhan. Di dalam nama Tuhan Yesus kami telah berdoa. Amen.

Shallom sekali lagi, jadi untuk post kali ini, saya akan memperkenalkan komsel saya iaitu El-Shaddai dan ahlinya. Inilah gambar komsel yang sangat memberkati saya selama ini. 

Dari Kiri: Della, Tasha, me( Pheepsangels), Udith, Ann, Bulan

Tengoklah kami, comel kan??? heheh Ya anak-anak Tuhan sentiasa comel dan cantik selalu.
Puteri Sion!!! Hey! Hey! Gorgeous!!!

Ibrani 13:1 Sebagai saudara-saudara Kristian, hendaklah kita saling mengasihi.


Thursday 10 May 2012

Saya budak baru belajar, kalo salah tolong tunjukkan.

Huhu, aku kembali setelah sekian lama menghilang...jeng jeng2..hehhe
Huhu entahlah kenapalah begitu malas nak berblogging..
Kesibukan pula dijadikan alasan..
Haishhh mana boleh macam ini cik adik...ayoyo.
 
Ok... BTW...neh nak share activiti saya kebelakangan ini
Which is I enjoyed so much, and wanted to do badly all of these time.
My friends, Willy offered me to be their makeup crew for three events. (^^,)
But I only have pictures for the first and second event.
And here are the result of my arts...feel free to comment and advice me okey???
Saya budak masih belajar....kalo salah tolong tunjukkan..heheh

p/s: willy, u terima kasih ke peluang di beri nn au... heheh

 
first one





 my second's one



 

 


feel free to comment and critics??? why not...just do it...heheh

that's all for today...God bless you.